Selasa, 27 April 2010


Bermulanya al-kisah



Gambo kat atas tu antara rakan-rakan seperjuangan aku di Madrasah Tahfiz Quran Batu Pahat...maka bermulanya cerita jeng...jeng...semasa aku zaman kanak2 boleh dikatakan rumah aku ada la sedikit suasana agama. Ada taklim, nasihat dan tarbiyyah walau camne pun aku still nakal gak. Zaman kanak2 aku takde la aku solat 5 watu complete. Banyak tinggal dari tunaikannya even my father is karkun (rakan usaha dakwah tabligh) banyak perkara2 laghah dari perkara hak yg aku lakukan cuma aku kalau kat sekolah aku berlagak alim dan baik sebab tu bila kat sekolah time solat zuhur n asar cikgu tolak aku jadi imam memandangkan saiz badan aku besar n paling tinggi dalam kelas masa tu. Tapi bila di rumah aku berlagak jahil pulak hehe...aku mula solat penuh time darjah 6 tapi cara menunaikannya memang tak ikut sunnah langsung. Kerjakan solat bila time2 nak luput waktu punya la daifnya iman masa tu.
Terus-terang aku katakan dan aku ingin la nak ajak you all wat la taklim di rumah walaupun amalannya bisa2 saja tapi kesan pada anak2 sunguh ummpph...kat sekolah subject yg aku minat agama walaupun masa tu mengaji pun tak tau...boleh la baca 10 surah lazim dan permulan juz 1 lain sume ko. Bapak aku berhempas pulas ajar aku tak masuk2 tak pasal2 kena maki ngan bapak aku "bengap sungguh ko ni..." Tapi dalm hati aku ni aku suka pada agama. Kadang2 bapak aku tashkeel.."zirin ko nak jadi hafiz quran ke..", gerun juga bila dengar word hafiz quran..baca quran tak pandai boleh ke jadi hafiz quran perkara tu disuarakan pada aku time aku darjah 5. Tapi aku rasa tu misi mustahil so aku lupakan la....
Bila aku naik form 1 tiba2 Allah SWT telah beri hidayat pada aku sikit demi siit..aku dapat rasakan nurhidayah dah masuk dalam hati aku. Aku mula hilang minat belajar akademik walaupun masa tu amalan aku cam org2 jahil gak. Aku suarakan keinginan tu pda bapak aku, so bapak aku suka sgt la, cuma mak aku 50-50 coz dia cam tak percaya lak boleh ke aku belajar agama coz perangai mcm malaon je. Pada mulanya parents aku rancang nak anto aku ke skolah arab or sekolah pondok atau kemungkinan ke Penanti atau Kubang Bujuk. Masa tu madrasah Kubang Bujuk sudah pun dibuka. Madrasah tu beroperasi sejak 1982.
Aku mula berhenti sekolah masa cuti penggal per1 at that time so aku menghabiskan berpoya2 la sementara nak masuk madrsah. Bapak aku tetapkan aku masuk ke Kubang bujuk K. Terengganu. Menjelang seminggu aku akan ke Kubang Bujuk tiba2 bapak aku decide lain pulak..katanya, "Zirin ko tak yah g Kubang Bujuk pasal seminggu dari sekarang kelas Al-Quran nak bukak kat markaz Batu Pahat dia nak 10 orang dulu, ko sedia tak? Bak fikir tak yah g jauh2 la kelas quran dah ada depan mata buat apa nak g jauh2..". Aku terima je la decide bapak aku tu. Aku no komen je. Maksud kelas Al-Quran yg aku maksudkan ialah permulaannya madrasah tahfiz Batu Pahat kirakan aku akan jadi pelajar awwaliiin sana la bersama 9 org lain yang akan mula beroperasi 1/5/1985...ok guys nanti aku sambung lagi penat la menaip ni.....


Aku sebagai pendakwah dan guru agama

Sesungguhnya aku tak pernah meminta kepada Allah SWT yang 1 hari nanti aku akan jadi seorang pendakwah walhal the fact aku tak la wat dakwah ngan sungguh2 n ilmu aku tak lah setinggi mana mcm taraf maulana2 yg lain. Semuanya berpunca dari sifat talab dalm diri aku ni sejak di bangku sekolah lgi. U know my father dah wat usaha dakwah tabligh since 1974 masa tu I was 2. Kira bapak aku ni awwaliin dalam usaha dakwah tabligh la..amalan taklim hidup di rumah aku semenjak aku kecil lgi maybe masa umur aku 3 tahun kot aku dah tak ingat laa. Zaman tu dakwah tabligh masih asing lagi. Masa zaman persekolahan aku dulu kalau bapak aku dtg sekolah sebab ada hal nak jumpa aku member2 aku mesti terkezut why your father keeping too much beard..selalunya aku ckp donno je...
I masih ingat masa I kecik2 dulu dalam sebulan sekali my father wajib keluar 3 hari full takde daftari2...di rumah pula kalau time dia g solat magrib n Isya selalunya dia balik lewat selalunya kol 11 keatas baru balik agak g berdakwah lah tu kadang2 je dia balik awal. Seperkara lagi my father cukup tak suka kalau kitorang adik-beradik asyik menonton tv je kalau dia nampak dah tentu kena briefing kaw2 punya la.....
Kesimpulannya my father ni seorang yg garang dan tegas dan tak suka manjakan anak2nya dia tanya sepatah kita jawab sepatah tapi apa yg paling aku respect tentang tarbiah dia pada anak2nya...so nape muqaddimah pertama blog aku ni aku citer serba sedikit tentang dia...coz asbab pengorbanan dia la aku dapt hidayah untuk belajar agama n dapat la wat usaha dakwah sikit2.....ini ada gambo my parents masa muda2 dulu untuk wat tatapan umum gambo ni dalm tahun 1979-1980 kot dah tak ingat la. La ni my father 73 n my mother 70. Pas ni aku akan citerkan lebih lanjut lagi so guys jadi lah fan aku ye....